klik gambar untuk pembesaran |
Sunday 23 November 2014
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK KWLH
Kelebihan Teknik KWLH
- Pelajar dapat
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pelajar sendiri
dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pelajar dapat
menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain
sumber yang telah sediakan.
- Pelajar dapat
mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).
Kelemahan Teknik KWLH
- Pelajar akan bersikap tidak ambil peduli kerana teknik kwlh ini merupakan satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
- Pelajar cenderung untuk tidak menumpukan perhatian dalam kelas kerana bosan dengan perkara atau bahan yang dipelajari secara berulang-ulang.
Monday 17 November 2014
TEKNIK KWLH
Definisi
Pada
tahun 1986, Ogle membina carta KWLH untuk tujuan membantu merangsang pemikiran
atau minda pembaca secara aktif semasa proses membaca. Model ini dikembangkan
untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
gaya pengetahuan murid-murid mengenai sesuatu topik. Proses membaca dengan
teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang
dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput
pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.
Dalam
proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk
meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan atau teks yang
dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh
daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu
dibaca lagi.
KWLH
bermaksud:
K
(know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia
tentang tajuk atau topik bahan bacaan.
W
(what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin
diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L
(learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting
daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana
untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana
untuk mendapat maklumat
Contoh Petikan Teks
“Budaya Ikhtilat”
‘Ikhtilat’
bermaksud pergaulan dalam bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar ‘khalata’
iaitu bercampur. Percampuran ini boleh berlaku dalam kalangan manusia, haiwan
mahupun benda. Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila
lelaki dan perempuan ajnabi bertemu di suatu tempat dan berlaku interaksi
antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau
isyarat yang boleh difahami. Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada
secara terancang atau tidak. Sungguh menjadi sesuatu yang aneh atau bahkan
sangat pelik, jika ada orang yang mampu hidup sendiri kerana memang begitulah
fitrah manusia. Persoalannya, sejauh manakah budaya ikhtilat ini memberi kesan
negatif dalam kalangan masyarakat pada hari ini dan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengatasi masalah budaya ikhtilat ini.
Antara
kesan negatif akibat daripada pengamalan budaya ikhtilat ini termasuklah yang
pertamanya iaitu lahirnya anak luar nikah akibat daripada berzina, merempit,
pengambilan dadah, kes rogol, merompak dan sebagainya. Pergaulan antara lelaki
dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada
masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang
rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka
agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan
di belakang. Contohnya, Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan
akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah
rosak dan tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin
menyertai tentera, terdapat enam orang tidak layak disebabkan mereka leka dalam
keseronokan seks.
Selain itu, kesan negatif lain
akibat daripada budaya ikhtilat ini juga ialah tersebarnya penyakit-penyakit
yang boleh membawa maut. Terdapat pelbagai penyakit yang wujud disebabkan oleh
hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah dari aspek mental
mahupun fizikal. Apabila melakukan perhubungan seks tanpa ikatan yang sah dan
bertukar- tukar pasangan, nescaya akan terjadinya penyakit yang amat berat
untuk ditanggung iaitu penyakit kelamin, HIV dan AIDS. Kanser rahim dan serviks
juga akan menyerang kaum wanita di saat mereka telah melakukan hubungan seks
sejak di awal usia mereka. Sebelum masalah ini menjadi semakin serius, kita
sebagai masyarakat perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung
masalah pergaulan bebas ini. Perkara ini dapat kita hindari dengan mengehadkan
pergaulan kita bersama kaum yang berlainan jantina dengan kita.
Antara
langkah-langkah untuk membendung masalah budaya ikhtilat dalam kalangan
masyarakat hari ini ialah peranan ibu bapa. Pertama, ibu bapa mestilah
memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka dan sentiasa mengetahui
masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Kedua, ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Ketiga,
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih cara bersopan, prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah dan sanggup menerima kelemahan diri
serta meneroka potensi anak.
Pendekatan
akademik juga boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik di sekolah. Begitu juga dengan perubahan teknik-teknik pengajaran
seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh
menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan
beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan
disiplin. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah
pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian
hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di
peringkat sekolah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.
Wujudnya pendekatan akademik ini telah menjadi langkah mengatasi masalah budaya
ikhtilat.
“Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.” (Surah Al Hujurat <49>:13). Daripada ayat al-Quran ini, kita
harus bergaul sesama manusia tetapi kita perlu ingat bahawa terdapatnya batasan
dalam Islam di dalam pergaulan kita di antara lelaki dan perempuan. Tetapi
semuanya bergantung pada niat kita. Izharnya, Islam tidak pernah bertujuan
mempersulitkan sesuatu malah mempermudahkan hidup kita. Segala disyariatkan
sudah tentu demi kebaikan umat manusia. Pelbagai langkah boleh diambil dan
dilaksanakan ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam
mengatasi masalah budaya ikhtilat ini. Walaupun pelbagai langkah yang diambil
oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.
Huraian Teknik KWLH Dalam
Petikan Teks “Budaya Ikhtilat”
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
K – know
Apa yang sudah diketahui
(dalam
ruangan ini) Pelajar
dikehendaki mencatat perkara/ maklumat yang sudah diketahui berdasarkan
tajuk/ perkara yang hendak dibincangkan.
|
·
‘Ikhtilat’ bermaksud pergaulan dalam
bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar ‘khalata’ iaitu bercampur.
|
W – want
Apa yang hendak diketahui
(dalam
ruangan ini)
Pelajar
dikehendaki mencatat perkara/ maklumat yang ingin diketahui lebih lanjut
berdasarkan tajuk/ perkara yang dibaca. Catatan berdasarkan soalan.
|
·
Kesan negatif akibat daripada pengamalan
budaya ikhtilat ini.
·
Langkah-langkah untuk membendung masalah
budaya ikhtilat dalam kalangan masyarakat hari ini.
|
L – learned
Apa yang telah diperoleh/dipelajari
(dalam
ruangan ini)
Pelajar
dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bacaan yang dibaca
berdasarkan tajuk/ teks yang diberi. Pelajar menjawab soalan yang dibina sendiri.
|
Kesan
negatif :
·
Lahirnya anak luar nikah akibat daripada
berzina, merempit, pengambilan dadah, kes rogol, merompak dan sebagainya.
·
Tersebarnya penyakit-penyakit yang boleh
membawa maut.
Langkah
mengatasi :
·
Peranan ibu bapa.
·
Pendekatan akademik.
|
H – how
Apa lagi maklumat tambahan yang
diperlukan
(dalam
ruangan ini)
Pelajar
dikehendaki mencatat bagaimana, bila, dan di mana untuk mendapatkan maklumat
yang belum lengkap berdasarkan teks/bahan yang diberi. Pelajar boleh membuat
cadangan untuk merujuk sumber lain.
|
Internet :
·
Kelab Perkim
(2009). Apa itu ikhtilat? Diperoleh pada April 18, 2014 daripada http://perkimclubnilai.blogspot.com/2009/08/apa-itu-ikhtilat.html
·
Vikas (2010). Pergaulan bebas. Diperoleh pada April
18, 2014 daripada http://remajapurbabergetah.blogspot.com/2010/08/pergaulan-bebas-pergaulan-bebas-inilah.html
Buku :
·
Syeikh
At Tharifiy (2010). Ikhtilat. Mesir
: Saudi Arabia
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEKNIK DIALOG
1.
Mini
forum
Antara aktiviti yang boleh dilakukan
berdasarkan teknik dialog ialah mini forum antara pelajar-pelajar di dalam
kelas. Guru boleh meminta empat orang pelajar untuk berbicara dan menghuraikan
bahan yang telah diberikan ini untuk dibincangkan dihadapan kelas. Teknik dialog berlaku apabila pelajar yang
menjadi penonton akan mulai bertanya
soalan-soalan yang menimbulkan kemusykilan ataupun mengeluarkan pendapat
dan pandangan terhadap isu “Sastera membentuk peribadi” ini. Seterusnya,
ahli-ahli panel akan mula menjawab soalan-soalan yang dikemukan.
2.
Aktiviti
berkumpulan
Guru meminta pelajar-pelajar untuk
membentuk beberapa kumpulan berdasarkan kedudukan meja yang sudah sedia ada
didalam kelas. Seterusnya guru memberi artikel “sastera dapat membentuk
peribadi” untuk dibincangkan dalam kumpulan. Proses perbincangan yang berlaku
di antara mereka merupakan teknik dialog kerana mereka akan berdialog atau
berkomunikasi sesama sendiri untuk menilai sejauhmana kebenaran dan kerelevenan
artikel ini.
Seterusnya,
guru mengkehendaki setiap kumpulan memberi rumusan dan perkara yang mereka
perolehi semasa berbincang dengan cara membentang dihadapan kelas. Proses
berdialog juga akan berlaku apabila ahli kumpulan lain bertanya soalan dan
mengeluarkan pandangan mengenai rumusan yang mereka perolehi. Seterusnya
kumpulan tersebut akan menjawab dan memberi respon akan soalan dan pandangan
yang diutarakan.
DEFINISI TEKNIK DIALOG
DEFINISI TEKNIK DIALOG
Dialogue Thinking Reading
Lesson (D-TRL) ataupun teknik dialog telah
dibangunkan oleh Michelle Commeyras pada tahun 1991. Menurut Kamus Dewan,
dialog merujuk kepada kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama
ataupun fiksyen. (1994:302) Manakala Umar Junus pula mentakrifkan dialog itu
adalah sesuatu yang bertentangan dengan monolog ataupun naratif yang melibatkan
pertuturan antara dua orang ataupun lebih dan beliau menyatakan bahawa sebuah
drama itu dianggap sebagai dialog kerana melibatkan percakapan antara dua orang
atau lebih. (1989:26). Menurut Ramli Isin pulu dalam buku Pengajian Melayu 4
mendefinisikan dialog sebagai perbualan ataupun percakapan, sama ada secara
lisan ataupun tulisan dan ia tergolong ke dalam unsur bahasa.
Matlamat
teknik dialog dalam keterampilan membaca khususnya adalah untuk menggalakkan
pelajar menggunakan gaya pemikiran reklektif yang munasabah, ia membolehkan pelajar
dapat membuat keputusan apa yang mereka percaya tentang sesuatu cerita.selain
itu, matlamat teknik ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam perbincangan dan
mendalami apa yang mereka baca tanpa adanya guru sebagi ketua perbincagan.
Teknik ini menggalakan pembaca untuk membaca
semula teks yang dibaca untuk mereka mengesahkan maklumat untuk mereka membuat
pertimbangan, tafsiran, penilaian dan kerelevenan alternatif yang bersaing
antara satu dengan yang lain. Terdapat 2 fasa teknik dialog iaitu fasa 1 ialah
fasa bacaan dan fasa 2 ialah fasa perbincangan.
KELEBIHAN TEKNIK DIALOG
Terdapat
beberapa kelebihan teknik dialog, antaranya ialah teknik ini menggalakkan
pelajar membuat keputusan berkaitan dengan apa yang mereka baca dan apa yang
mereka percaya tentang sesuatu cerita.
Selain itu, teknik ini juga menggalakan pelajar untuk membaca semula teks yang
dibaca untuk mengesahkan ataupun
menjelaskan sesuatu maklumat dengan lebih terperinci dan mendalam. Seterusnya, teknik
dialog ini dapat menggalakkan pelajar untuk mempertimbangkan kepelbagaian
tafsiran dalam bahan yang dibaca agar dapat membuat keputusan dengan betul dan
bijak. Teknik ini juga turut menggalakkan pelajar untuk menilai penerimaan dan
kerelevan tafsiran dan bahan yang dibaca bersaing antara satu dengan yang lain.
CONTOH PETIKAN
Contoh petikan
Artikel:
Sastera membentuk peribadi
Oleh: Hasnan Jamaluddil
25 Mar 2009
Kehidupan terlalu moden kini
menuntut anak-anak membekalkan diri mereka dengan berbagai kemahiran sains,
matematik ,teknologi, ict, dan lain-lain. bagi menjamin mereka tidak
tertinggal dibawa arus. Lantas
perlumbaan ke arah itu menyebabkan sastera Melayu dipinggirkan. Padahal
matapelajaran sastera Melayu mempunyai peranan yang tersendiri dalam
membentuk sahsiah juga peribadi khususnya untuk agenda pembangunan modal
insan. Matapelajaran ini di sekolah sekarang semakin malap, hampir tiada sambutan
daripada pelajar. Sebilangan guru pula hanya mengajar mengikut sukatan
pelajaran sahaja,tanpa memahami , merungkai, dan menyebarluaskan
falsafah di sebalik pelajaran ini. Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu
sekolah menengah adalah untuk melengkapkan anak-anak dengan ilmu sastera
agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan sastera
di alam pendidikan dan kerjaya, memantapkan jati diri, membentuk peribadi
mulia. Sebagai contoh, sastera yang merangkumi ilmu kemanusiaan dapat
menyemai unsur-unsur kasih sesama manusia, unsur keharmonian dalam kehidupan,
unsur tingkahlaku terpuji dan sebagainya. Sebelum Sains, Teknologi dan ICT
dicanang ke alam pendidikan kita dahulu, sastera memainkan peranan mencanai
peribadi; seiring dengan ilmu agama dan moral. Sajak, syair, gurindam ,
kias, seloka dan sebagainya. - telah lama membantu membentuk denyutan nadi
kehidupan bangsa kita.
Di zaman Rasulullah, baginda
mempunyai "tukang syair", Hassan bin Tsabit, menghasilkan syair
yang membangunkan jiwa perjuangan masyarakat di masa itu. Seterusnya di zaman
kegemilangan Andalusia, Maulana Jalaludin Rumi membangunkan peribadi dan
kerohanian dengan sajak kesufiannya yang dihayati dan dikagumi seantero
dunia. Begitu juga di alam nusantara , terdapat ramai tokoh sastera yang
berjasa membentuk peribadi; Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Shamsudin
Al-sumatrani , Amir Hamzah , Punggok , Syed Sheikh Al Hadi , Hamka , Ibrahim
Yaakub , Ishak Hj Muhammad , Ahmad Boestamam. Berapa kerat daripada.
anak-anak kita sekarang mengenali , menghayati dan mengambil contoh dan
didikan tokoh-tokoh ini?Kemajuan teknologi telah menjadikan penyanyi,bintang
filem, VCD, dan segala yang berbentuk materialistik sebagai guru dalam
kehidupan mereka.
|
contoh
bahan petikan yang diambil ialah “Sastera Membentuk Peribadi”, pada peringkat
pertama, pelajar telah memilih bahan ini untuk dibaca dan dibincang sesama mereka.
Setelah membaca teks ini, satu perbincangan akan dimulakan dan melalui perbincangan
inilah teknik dialog antara mereka akan terjadi ataupun berlaku. Teknik dialog
ini berlaku apabila mereka saling bersuara, mengeluarkan pendapat dan pandangan
masing-masing mengenai bahan teks yang dipilih. Bahan bacaan ini diambil oleh
pelajar, kerana berpendapat bahawa bahan bacaan ini penting dan menarik untuk
dibincangkan serta untuk melihat sejauhmana bukti-bukti yang terdapat dalam
sastera itu mampu membentuk peribadi seseorang.
Seterusnya, fasa kedua
berlakulah fasa perbincangan. Fasa ini dianggap begitu penting dalam teknik
dialog kerana proses perbincangan ini melibatkan waktu yang lama dan ianya akan
membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan isi bahan bacaan sastera
ini iaitu “Sastera mampu membentuk peribadi seseorang”. Melalui fasa
perbincangan, pelajar akan menilai kebenaran dan kerelevenan artikel sejauhmana
sastera dapat membentuk peribadi seseorang. Pelajar-pelajar akan mengemukakan
sebab-sebab yang munasabah, mengapa sastera dapat membentuk peribadi? Mereka
akan membahas dan membuat perbincangan untuk menentukan kebenaran artikel ini,
sehingga mereka menemukan dan mendapatkan jawapan yang diinginkan. Pelajar akan
berfikir secara munasabah untuk menilai agar mereka dapat membuat keputusan
jawapan yang betul dan releven mengenai bahan bacaan ini.
TEKNIK MEMBACA
PENDAHULUAN
Dalam proses membaca,
teknik membaca memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana kesan daripada salah satu teknik yang dimainkan
akan mempengaruhi pelajar-pelajar. Antara teknik yang terdapat dalam proses
membaca ialah ayat yang sesuai, senarai kumpul label, definisi konteks,
analisis fitur, peta kata, dialog, konfrens rakan sebaya, strategi pengumpulan
kosa kata, kaedah Levin, kwlh, review nteks, prosedur letus, jurnal diaolog dan
sebagainya. Teknik-teknik ini yang berperanan dalam proses membaca.
Kumpulan kami telah
mengkaji teknik dialog dan juga teknik KWLH. Teknik diaolog merujuk kepada
kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak. Secara ringkasnya, teknik dialog
ini merupakan percakapan antara dua orang atau lebih dalam sesuatu perbualan.
Teknik ini mempunyai kelebihan tersendiri dimana pelajar-pelajar dapat bertutur
dengan baik dan secara tidak langsung akan merangsang minda pelajar untuk
pemikiran rekletif yang munasabah.
Teknik KWLH merupakan singkatan kepada K- know, W- what,
L-learned dan H-how. Teknik ini bertujuan untuk merangsang minda pelajar secara
aktif. Hal ini kerana teknik ini merupakan pengetahuan sedia ada pelajar dengan
apa yang dibaca. Secara keseluruhannya, teknik ini amat sesuai digunakan dalam
proses membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)