DEFINISI TEKNIK DIALOG
Dialogue Thinking Reading
Lesson (D-TRL) ataupun teknik dialog telah
dibangunkan oleh Michelle Commeyras pada tahun 1991. Menurut Kamus Dewan,
dialog merujuk kepada kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama
ataupun fiksyen. (1994:302) Manakala Umar Junus pula mentakrifkan dialog itu
adalah sesuatu yang bertentangan dengan monolog ataupun naratif yang melibatkan
pertuturan antara dua orang ataupun lebih dan beliau menyatakan bahawa sebuah
drama itu dianggap sebagai dialog kerana melibatkan percakapan antara dua orang
atau lebih. (1989:26). Menurut Ramli Isin pulu dalam buku Pengajian Melayu 4
mendefinisikan dialog sebagai perbualan ataupun percakapan, sama ada secara
lisan ataupun tulisan dan ia tergolong ke dalam unsur bahasa.
Matlamat
teknik dialog dalam keterampilan membaca khususnya adalah untuk menggalakkan
pelajar menggunakan gaya pemikiran reklektif yang munasabah, ia membolehkan pelajar
dapat membuat keputusan apa yang mereka percaya tentang sesuatu cerita.selain
itu, matlamat teknik ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam perbincangan dan
mendalami apa yang mereka baca tanpa adanya guru sebagi ketua perbincagan.
Teknik ini menggalakan pembaca untuk membaca
semula teks yang dibaca untuk mereka mengesahkan maklumat untuk mereka membuat
pertimbangan, tafsiran, penilaian dan kerelevenan alternatif yang bersaing
antara satu dengan yang lain. Terdapat 2 fasa teknik dialog iaitu fasa 1 ialah
fasa bacaan dan fasa 2 ialah fasa perbincangan.
KELEBIHAN TEKNIK DIALOG
Terdapat
beberapa kelebihan teknik dialog, antaranya ialah teknik ini menggalakkan
pelajar membuat keputusan berkaitan dengan apa yang mereka baca dan apa yang
mereka percaya tentang sesuatu cerita.
Selain itu, teknik ini juga menggalakan pelajar untuk membaca semula teks yang
dibaca untuk mengesahkan ataupun
menjelaskan sesuatu maklumat dengan lebih terperinci dan mendalam. Seterusnya, teknik
dialog ini dapat menggalakkan pelajar untuk mempertimbangkan kepelbagaian
tafsiran dalam bahan yang dibaca agar dapat membuat keputusan dengan betul dan
bijak. Teknik ini juga turut menggalakkan pelajar untuk menilai penerimaan dan
kerelevan tafsiran dan bahan yang dibaca bersaing antara satu dengan yang lain.
CONTOH PETIKAN
Contoh petikan
Artikel:
Sastera membentuk peribadi
Oleh: Hasnan Jamaluddil
25 Mar 2009
Kehidupan terlalu moden kini
menuntut anak-anak membekalkan diri mereka dengan berbagai kemahiran sains,
matematik ,teknologi, ict, dan lain-lain. bagi menjamin mereka tidak
tertinggal dibawa arus. Lantas
perlumbaan ke arah itu menyebabkan sastera Melayu dipinggirkan. Padahal
matapelajaran sastera Melayu mempunyai peranan yang tersendiri dalam
membentuk sahsiah juga peribadi khususnya untuk agenda pembangunan modal
insan. Matapelajaran ini di sekolah sekarang semakin malap, hampir tiada sambutan
daripada pelajar. Sebilangan guru pula hanya mengajar mengikut sukatan
pelajaran sahaja,tanpa memahami , merungkai, dan menyebarluaskan
falsafah di sebalik pelajaran ini. Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu
sekolah menengah adalah untuk melengkapkan anak-anak dengan ilmu sastera
agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan sastera
di alam pendidikan dan kerjaya, memantapkan jati diri, membentuk peribadi
mulia. Sebagai contoh, sastera yang merangkumi ilmu kemanusiaan dapat
menyemai unsur-unsur kasih sesama manusia, unsur keharmonian dalam kehidupan,
unsur tingkahlaku terpuji dan sebagainya. Sebelum Sains, Teknologi dan ICT
dicanang ke alam pendidikan kita dahulu, sastera memainkan peranan mencanai
peribadi; seiring dengan ilmu agama dan moral. Sajak, syair, gurindam ,
kias, seloka dan sebagainya. - telah lama membantu membentuk denyutan nadi
kehidupan bangsa kita.
Di zaman Rasulullah, baginda
mempunyai "tukang syair", Hassan bin Tsabit, menghasilkan syair
yang membangunkan jiwa perjuangan masyarakat di masa itu. Seterusnya di zaman
kegemilangan Andalusia, Maulana Jalaludin Rumi membangunkan peribadi dan
kerohanian dengan sajak kesufiannya yang dihayati dan dikagumi seantero
dunia. Begitu juga di alam nusantara , terdapat ramai tokoh sastera yang
berjasa membentuk peribadi; Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Shamsudin
Al-sumatrani , Amir Hamzah , Punggok , Syed Sheikh Al Hadi , Hamka , Ibrahim
Yaakub , Ishak Hj Muhammad , Ahmad Boestamam. Berapa kerat daripada.
anak-anak kita sekarang mengenali , menghayati dan mengambil contoh dan
didikan tokoh-tokoh ini?Kemajuan teknologi telah menjadikan penyanyi,bintang
filem, VCD, dan segala yang berbentuk materialistik sebagai guru dalam
kehidupan mereka.
|
contoh
bahan petikan yang diambil ialah “Sastera Membentuk Peribadi”, pada peringkat
pertama, pelajar telah memilih bahan ini untuk dibaca dan dibincang sesama mereka.
Setelah membaca teks ini, satu perbincangan akan dimulakan dan melalui perbincangan
inilah teknik dialog antara mereka akan terjadi ataupun berlaku. Teknik dialog
ini berlaku apabila mereka saling bersuara, mengeluarkan pendapat dan pandangan
masing-masing mengenai bahan teks yang dipilih. Bahan bacaan ini diambil oleh
pelajar, kerana berpendapat bahawa bahan bacaan ini penting dan menarik untuk
dibincangkan serta untuk melihat sejauhmana bukti-bukti yang terdapat dalam
sastera itu mampu membentuk peribadi seseorang.
Seterusnya, fasa kedua
berlakulah fasa perbincangan. Fasa ini dianggap begitu penting dalam teknik
dialog kerana proses perbincangan ini melibatkan waktu yang lama dan ianya akan
membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan isi bahan bacaan sastera
ini iaitu “Sastera mampu membentuk peribadi seseorang”. Melalui fasa
perbincangan, pelajar akan menilai kebenaran dan kerelevenan artikel sejauhmana
sastera dapat membentuk peribadi seseorang. Pelajar-pelajar akan mengemukakan
sebab-sebab yang munasabah, mengapa sastera dapat membentuk peribadi? Mereka
akan membahas dan membuat perbincangan untuk menentukan kebenaran artikel ini,
sehingga mereka menemukan dan mendapatkan jawapan yang diinginkan. Pelajar akan
berfikir secara munasabah untuk menilai agar mereka dapat membuat keputusan
jawapan yang betul dan releven mengenai bahan bacaan ini.
Assalam. Mohon izin untuk guna nota tuan dalam PdP saya. terima kasih.
ReplyDelete