Sunday 23 November 2014

KELEMAHAN TEKNIK DIALOG

klik gambar untuk pembesaran

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK KWLH

Kelebihan Teknik KWLH
  1. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.
  4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).
Kelemahan Teknik KWLH
  1. Pelajar akan bersikap tidak ambil peduli kerana teknik kwlh ini merupakan satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. 
  2. Pelajar cenderung untuk tidak menumpukan perhatian dalam kelas kerana bosan dengan perkara atau bahan yang dipelajari secara berulang-ulang.

Monday 17 November 2014

TEKNIK KWLH

Definisi

Pada tahun 1986, Ogle membina carta KWLH untuk tujuan membantu merangsang pemikiran atau minda pembaca secara aktif semasa proses membaca. Model ini dikembangkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan gaya pengetahuan murid-murid mengenai sesuatu topik. Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan atau teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.
KWLH bermaksud:
K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.
W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat 



Contoh Petikan Teks “Budaya Ikhtilat”

‘Ikhtilat’ bermaksud pergaulan dalam bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar ‘khalata’ iaitu bercampur. Percampuran ini boleh berlaku dalam kalangan manusia, haiwan mahupun benda. Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak. Sungguh menjadi sesuatu yang aneh atau bahkan sangat pelik, jika ada orang yang mampu hidup sendiri kerana memang begitulah fitrah manusia. Persoalannya, sejauh manakah budaya ikhtilat ini memberi kesan negatif dalam kalangan masyarakat pada hari ini dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah budaya ikhtilat ini.

Antara kesan negatif akibat daripada pengamalan budaya ikhtilat ini termasuklah yang pertamanya iaitu lahirnya anak luar nikah akibat daripada berzina, merempit, pengambilan dadah, kes rogol, merompak dan sebagainya. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang. Contohnya, Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak dan tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks.

            Selain itu, kesan negatif lain akibat daripada budaya ikhtilat ini juga ialah tersebarnya penyakit-penyakit yang boleh membawa maut. Terdapat pelbagai penyakit yang wujud disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah dari aspek mental mahupun fizikal. Apabila melakukan perhubungan seks tanpa ikatan yang sah dan bertukar- tukar pasangan, nescaya akan terjadinya penyakit yang amat berat untuk ditanggung iaitu penyakit kelamin, HIV dan AIDS. Kanser rahim dan serviks juga akan menyerang kaum wanita di saat mereka telah melakukan hubungan seks sejak di awal usia mereka. Sebelum masalah ini menjadi semakin serius, kita sebagai masyarakat perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah pergaulan bebas ini. Perkara ini dapat kita hindari dengan mengehadkan pergaulan kita bersama kaum yang berlainan jantina dengan kita. 


Antara langkah-langkah untuk membendung masalah budaya ikhtilat dalam kalangan masyarakat hari ini ialah peranan ibu bapa. Pertama, ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka dan sentiasa mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Kedua, ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Ketiga, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih cara bersopan, prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah dan sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.

Pendekatan akademik juga boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik di sekolah. Begitu juga dengan perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Wujudnya pendekatan akademik ini telah menjadi langkah mengatasi masalah budaya ikhtilat.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al Hujurat <49>:13). Daripada ayat al-Quran ini, kita harus bergaul sesama manusia tetapi kita perlu ingat bahawa terdapatnya batasan dalam Islam di dalam pergaulan kita di antara lelaki dan perempuan. Tetapi semuanya bergantung pada niat kita. Izharnya, Islam tidak pernah bertujuan mempersulitkan sesuatu malah mempermudahkan hidup kita. Segala disyariatkan sudah tentu demi kebaikan umat manusia. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah budaya ikhtilat ini. Walaupun pelbagai langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.


Huraian Teknik KWLH Dalam Petikan Teks “Budaya Ikhtilat”
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
K – know 
Apa yang sudah                   diketahui
(dalam ruangan ini) Pelajar dikehendaki mencatat perkara/ maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk/ perkara yang hendak dibincangkan.
·         ‘Ikhtilat’ bermaksud pergaulan dalam bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar ‘khalata’ iaitu bercampur.
W – want
Apa yang hendak diketahui
(dalam ruangan ini)
Pelajar dikehendaki mencatat perkara/ maklumat yang ingin diketahui lebih lanjut berdasarkan tajuk/ perkara yang dibaca. Catatan berdasarkan soalan.
·         Kesan negatif akibat daripada pengamalan budaya ikhtilat ini.
·         Langkah-langkah untuk membendung masalah budaya ikhtilat dalam kalangan masyarakat hari ini.
L – learned
Apa yang telah diperoleh/dipelajari
(dalam ruangan ini)
Pelajar dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bacaan yang dibaca berdasarkan tajuk/ teks yang diberi. Pelajar menjawab soalan yang dibina sendiri.
Kesan negatif :
·         Lahirnya anak luar nikah akibat daripada berzina, merempit, pengambilan dadah, kes rogol, merompak dan sebagainya.
·         Tersebarnya penyakit-penyakit yang boleh membawa maut.
Langkah mengatasi :
·         Peranan ibu bapa.
·         Pendekatan akademik.
H – how
Apa lagi maklumat tambahan yang diperlukan
(dalam ruangan ini)
Pelajar dikehendaki mencatat bagaimana, bila, dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks/bahan yang diberi. Pelajar boleh membuat cadangan untuk merujuk sumber lain.
Internet :
·         Kelab Perkim (2009). Apa itu ikhtilat? Diperoleh pada April 18, 2014 daripada http://perkimclubnilai.blogspot.com/2009/08/apa-itu-ikhtilat.html
·         Vikas (2010). Pergaulan bebas. Diperoleh pada April 18, 2014 daripada http://remajapurbabergetah.blogspot.com/2010/08/pergaulan-bebas-pergaulan-bebas-inilah.html
Buku :
·         Syeikh At Tharifiy (2010). Ikhtilat. Mesir : Saudi Arabia



AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEKNIK DIALOG

1.      Mini forum
Antara aktiviti yang boleh dilakukan berdasarkan teknik dialog ialah mini forum antara pelajar-pelajar di dalam kelas. Guru boleh meminta empat orang pelajar untuk berbicara dan menghuraikan bahan yang telah diberikan ini untuk dibincangkan dihadapan kelas.  Teknik dialog berlaku apabila pelajar yang menjadi penonton akan mulai bertanya  soalan-soalan yang menimbulkan kemusykilan ataupun mengeluarkan pendapat dan pandangan terhadap isu “Sastera membentuk peribadi” ini. Seterusnya, ahli-ahli panel akan mula menjawab soalan-soalan yang dikemukan.


2.      Aktiviti berkumpulan
Guru meminta pelajar-pelajar untuk membentuk beberapa kumpulan berdasarkan kedudukan meja yang sudah sedia ada didalam kelas. Seterusnya guru memberi artikel “sastera dapat membentuk peribadi” untuk dibincangkan dalam kumpulan. Proses perbincangan yang berlaku di antara mereka merupakan teknik dialog kerana mereka akan berdialog atau berkomunikasi sesama sendiri untuk menilai sejauhmana kebenaran dan kerelevenan artikel ini.
          Seterusnya, guru mengkehendaki setiap kumpulan memberi rumusan dan perkara yang mereka perolehi semasa berbincang dengan cara membentang dihadapan kelas. Proses berdialog juga akan berlaku apabila ahli kumpulan lain bertanya soalan dan mengeluarkan pandangan mengenai rumusan yang mereka perolehi. Seterusnya kumpulan tersebut akan menjawab dan memberi respon akan soalan dan pandangan yang diutarakan.


DEFINISI TEKNIK DIALOG

DEFINISI TEKNIK DIALOG
Dialogue Thinking Reading Lesson (D-TRL) ataupun teknik dialog telah dibangunkan oleh Michelle Commeyras pada tahun 1991. Menurut Kamus Dewan, dialog merujuk kepada kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama ataupun fiksyen. (1994:302) Manakala Umar Junus pula mentakrifkan dialog itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan monolog ataupun naratif yang melibatkan pertuturan antara dua orang ataupun lebih dan beliau menyatakan bahawa sebuah drama itu dianggap sebagai dialog kerana melibatkan percakapan antara dua orang atau lebih. (1989:26). Menurut Ramli Isin pulu dalam buku Pengajian Melayu 4 mendefinisikan dialog sebagai perbualan ataupun percakapan, sama ada secara lisan ataupun tulisan dan ia tergolong ke dalam unsur bahasa.
            Matlamat teknik dialog dalam keterampilan membaca khususnya adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan gaya pemikiran reklektif yang munasabah, ia membolehkan pelajar dapat membuat keputusan apa yang mereka percaya tentang sesuatu cerita.selain itu, matlamat teknik ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam perbincangan dan mendalami apa yang mereka baca tanpa adanya guru sebagi ketua perbincagan.

Teknik ini menggalakan pembaca untuk membaca semula teks yang dibaca untuk mereka mengesahkan maklumat untuk mereka membuat pertimbangan, tafsiran, penilaian dan kerelevenan alternatif yang bersaing antara satu dengan yang lain. Terdapat 2 fasa teknik dialog iaitu fasa 1 ialah fasa bacaan dan fasa 2 ialah fasa perbincangan.



KELEBIHAN TEKNIK DIALOG
Terdapat beberapa kelebihan teknik dialog, antaranya ialah teknik ini menggalakkan pelajar membuat keputusan berkaitan dengan apa yang mereka baca dan apa yang mereka percaya  tentang sesuatu cerita. Selain itu, teknik ini juga menggalakan pelajar untuk membaca semula teks yang dibaca  untuk mengesahkan ataupun menjelaskan sesuatu maklumat dengan lebih terperinci dan mendalam. Seterusnya, teknik dialog ini dapat menggalakkan pelajar untuk mempertimbangkan kepelbagaian tafsiran dalam bahan yang dibaca agar dapat membuat keputusan dengan betul dan bijak. Teknik ini juga turut menggalakkan pelajar untuk menilai penerimaan dan kerelevan tafsiran dan bahan yang dibaca bersaing antara satu dengan yang lain.

 CONTOH PETIKAN

Contoh petikan
Artikel: Sastera membentuk peribadi
Oleh: Hasnan Jamaluddil 25 Mar 2009                 
Kehidupan terlalu moden kini menuntut anak-anak membekalkan diri mereka dengan berbagai kemahiran sains, matematik ,teknologi, ict, dan lain-lain. bagi menjamin mereka tidak tertinggal dibawa arus.  Lantas perlumbaan ke arah itu menyebabkan sastera Melayu dipinggirkan. Padahal matapelajaran sastera Melayu mempunyai peranan yang tersendiri dalam membentuk sahsiah juga peribadi khususnya untuk agenda pembangunan modal insan. Matapelajaran ini di sekolah sekarang semakin malap, hampir tiada sambutan daripada pelajar. Sebilangan guru pula hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran sahaja,tanpa memahami , merungkai, dan menyebarluaskan falsafah di sebalik pelajaran ini. Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan anak-anak dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan sastera di alam pendidikan dan kerjaya, memantapkan jati diri, membentuk peribadi mulia. Sebagai contoh, sastera yang merangkumi ilmu kemanusiaan dapat menyemai unsur-unsur kasih sesama manusia, unsur keharmonian dalam kehidupan, unsur tingkahlaku terpuji dan sebagainya. Sebelum Sains, Teknologi dan ICT dicanang ke alam pendidikan kita dahulu, sastera memainkan peranan mencanai peribadi; seiring dengan ilmu agama dan moral. Sajak, syair, gurindam , kias, seloka dan sebagainya. - telah lama membantu membentuk denyutan nadi kehidupan bangsa kita.
Di zaman Rasulullah, baginda mempunyai "tukang syair", Hassan bin Tsabit, menghasilkan syair yang membangunkan jiwa perjuangan masyarakat di masa itu. Seterusnya di zaman kegemilangan Andalusia, Maulana Jalaludin Rumi membangunkan peribadi dan kerohanian dengan sajak kesufiannya yang dihayati dan dikagumi seantero dunia. Begitu juga di alam nusantara , terdapat ramai tokoh sastera yang berjasa membentuk peribadi; Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Shamsudin Al-sumatrani , Amir Hamzah , Punggok , Syed Sheikh Al Hadi , Hamka , Ibrahim Yaakub , Ishak Hj Muhammad , Ahmad Boestamam. Berapa kerat daripada. anak-anak kita sekarang mengenali , menghayati dan mengambil contoh dan didikan tokoh-tokoh ini?Kemajuan teknologi telah menjadikan penyanyi,bintang filem, VCD, dan segala yang berbentuk materialistik sebagai guru dalam kehidupan mereka.


contoh bahan petikan yang diambil ialah “Sastera Membentuk Peribadi”, pada peringkat pertama, pelajar telah memilih bahan ini untuk dibaca dan dibincang sesama mereka. Setelah membaca teks ini, satu perbincangan akan dimulakan dan melalui perbincangan inilah teknik dialog antara mereka akan terjadi ataupun berlaku. Teknik dialog ini berlaku apabila mereka saling bersuara, mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai bahan teks yang dipilih. Bahan bacaan ini diambil oleh pelajar, kerana berpendapat bahawa bahan bacaan ini penting dan menarik untuk dibincangkan serta untuk melihat sejauhmana bukti-bukti yang terdapat dalam sastera itu mampu membentuk peribadi seseorang.


Seterusnya, fasa kedua berlakulah fasa perbincangan. Fasa ini dianggap begitu penting dalam teknik dialog kerana proses perbincangan ini melibatkan waktu yang lama dan ianya akan membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan isi bahan bacaan sastera ini iaitu “Sastera mampu membentuk peribadi seseorang”. Melalui fasa perbincangan, pelajar akan menilai kebenaran dan kerelevenan artikel sejauhmana sastera dapat membentuk peribadi seseorang. Pelajar-pelajar akan mengemukakan sebab-sebab yang munasabah, mengapa sastera dapat membentuk peribadi? Mereka akan membahas dan membuat perbincangan untuk menentukan kebenaran artikel ini, sehingga mereka menemukan dan mendapatkan jawapan yang diinginkan. Pelajar akan berfikir secara munasabah untuk menilai agar mereka dapat membuat keputusan jawapan yang betul dan releven mengenai bahan bacaan ini.

TEKNIK MEMBACA

PENDAHULUAN

Dalam proses membaca, teknik membaca memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana kesan daripada salah satu teknik yang dimainkan akan mempengaruhi pelajar-pelajar. Antara teknik yang terdapat dalam proses membaca ialah ayat yang sesuai, senarai kumpul label, definisi konteks, analisis fitur, peta kata, dialog, konfrens rakan sebaya, strategi pengumpulan kosa kata, kaedah Levin, kwlh, review nteks, prosedur letus, jurnal diaolog dan sebagainya. Teknik-teknik ini yang berperanan dalam proses membaca.

Kumpulan kami telah mengkaji teknik dialog dan juga teknik KWLH. Teknik diaolog merujuk kepada kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak. Secara ringkasnya, teknik dialog ini merupakan percakapan antara dua orang atau lebih dalam sesuatu perbualan. Teknik ini mempunyai kelebihan tersendiri dimana pelajar-pelajar dapat bertutur dengan baik dan secara tidak langsung akan merangsang minda pelajar untuk pemikiran rekletif yang munasabah.

Teknik KWLH  merupakan singkatan kepada K- know, W- what, L-learned dan H-how. Teknik ini bertujuan untuk merangsang minda pelajar secara aktif. Hal ini kerana teknik ini merupakan pengetahuan sedia ada pelajar dengan apa yang dibaca. Secara keseluruhannya, teknik ini amat sesuai digunakan dalam proses membaca. 

Friday 10 October 2014

DEFINISI MEMBACA


Menurut kamus dewan edisi ke empat baca telah ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna dan kandungannya. Membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks antaranya ialah proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kongnitif. Dimana setiap proses tersebut akan memainkan peranan yang penting dalam proses membaca secara keseluruhannya.

Selain daripada itu menurut Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

Psikolinguitik kognitif menolak definisi membaca menurut fahaman teori pembelajaran lama yang mengatakan bahawa membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara membunyikannya (dalam hati) dan kemudian menarik erti daripada kata-kata itu.

Definisi ini seolah-olah mementingkan pengenalan kata yang tepat satu persatu dengan cara menyembunyikannya lebih dahulu sebelum kita dapat menarik erti sesuatu kalimat. Definisi ini mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca. Pembaca merupakan satu organisma yang pasif yang hanya menunggu kemasukan erti dari luar. Ini merupakan satu proses satu hala yang sangat bercanggah dengan keadaan sebenarnya. Proses satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca.