Monday 17 November 2014

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEKNIK DIALOG

1.      Mini forum
Antara aktiviti yang boleh dilakukan berdasarkan teknik dialog ialah mini forum antara pelajar-pelajar di dalam kelas. Guru boleh meminta empat orang pelajar untuk berbicara dan menghuraikan bahan yang telah diberikan ini untuk dibincangkan dihadapan kelas.  Teknik dialog berlaku apabila pelajar yang menjadi penonton akan mulai bertanya  soalan-soalan yang menimbulkan kemusykilan ataupun mengeluarkan pendapat dan pandangan terhadap isu “Sastera membentuk peribadi” ini. Seterusnya, ahli-ahli panel akan mula menjawab soalan-soalan yang dikemukan.


2.      Aktiviti berkumpulan
Guru meminta pelajar-pelajar untuk membentuk beberapa kumpulan berdasarkan kedudukan meja yang sudah sedia ada didalam kelas. Seterusnya guru memberi artikel “sastera dapat membentuk peribadi” untuk dibincangkan dalam kumpulan. Proses perbincangan yang berlaku di antara mereka merupakan teknik dialog kerana mereka akan berdialog atau berkomunikasi sesama sendiri untuk menilai sejauhmana kebenaran dan kerelevenan artikel ini.
          Seterusnya, guru mengkehendaki setiap kumpulan memberi rumusan dan perkara yang mereka perolehi semasa berbincang dengan cara membentang dihadapan kelas. Proses berdialog juga akan berlaku apabila ahli kumpulan lain bertanya soalan dan mengeluarkan pandangan mengenai rumusan yang mereka perolehi. Seterusnya kumpulan tersebut akan menjawab dan memberi respon akan soalan dan pandangan yang diutarakan.


No comments:

Post a Comment